Teori Kaunseling

Salam 1 Malaysia, salam ukhwah, salam 1 catalyst..dan tidak dilupa juga selamat sejahtera kepada anda yang belum muslim...

     Ha....apa kabar semua???di harapkan semua sht sejahtera hendaknya. Semua orang kata kaunseling tu senang..duduk dalam bilik kaunseling, tunggu klien dan hanya angguk-angguk, geleng-geleng je...tapi mereka semua tak tahu bukan senang nak buat angguk-angguk geleng-geleng tu..kami kene layan klien, tolong klien dengan berpandukan kemahiran dan teori yang kami pelajari. Untuk kemahiran kaunseling, aku dah terangkan kat post yang lepas,,untuk kali ni aku nak terangkan pulak pasal teori-teori yang kami gunakan dalam kaunseling..

  1. Teori Psikoanalitik
Teori ini telah dipelopori oleh seorang tokoh yang bernama Sigmund Freud. Ha..ni gambar beliau...



Konsep utama 
pandangan terapi psikoanalitik terhadap kejadian sifat manusia
     Pada umunya didapati bahawa pendekatan psikoanalitik telah melihat manusia sebagai individu yang telah ditentukan masa depannya. Kenyataan ini telah disokong oleh beberapa orang tokoh terkenal.Antaranya amir Awang (1987) yang menyatakan bahawa pendekatan ini telah meletakkan manusia itu lahir bersama-sama dengan naluri-naluri kebinatangan yang bersifat jahat. Kehidupannya telah ditentukan sejak awal-awal lagi oleh naluri-naluri tersebut. Naluri ini akan mempengaruhi tingkah laku yang tidak logik dan tidak rasional. 

Prinsip Utama Tingkah Laku Manusia
  1. Prinsip keseronokan
  2. Prinsip realiti
  3. Prinsip mengurangkan ketegangan
  4. Prinsip poraliti
  5. Prinsip pengulangan aktiviti
Alam sedar, prasedar dan tidak sedar
  • Alam sedar
Bahagian iceberg yang timbul paling atas dikenali sebagai tahap sedar. Pada tahap ini, ia merangkumi perkara-perkara yang kita sedari pada satu masa tertentu. Pada pendapat Freud, manusia sememangnya menyedari dan mengetahui apa-apa peristiwa yang berlaku dan telah berlaku di persekitarannya.
  • Alam prasedar
Manusia tidak sesungguhnya tidak menyedari dan tidak mengetahui perkara yang berlaku di sekelilingnya kecuali ia diberi perhatian secara sedar terhadap apa yang berlaku. Kedudukan ini dianggap sebagai peringkat monitoring dan bukan peringkat seseorang itu memberi perhatian dengan sepenuhnya.
  • Alam tidak sedar
Pada tahap ini, seseorang individu sememangnya tidak sedar langsung apa yang berlaku di sekelilingnya. Sebagai contohnya perubahan-perubahan emosi kita yang disebabkan sesuatu perkara. Kita juga tidak sedar perjalanan darah dalam tubuh badan kita dan sistem saraf. Bagi Freud, keadaan ini dipanggil sebagai alam tidak sedar dan dalam analogi ini, ia terletak pada bahagian iceberg di bawah permukaan air.

Id, ego dan superego


  • Id
Ia merupakan dorongan naluri yang berkaitan dengan prinsip keseronokan tanpa mempedulikan tentang realiti dan pertimbangan dari segi moral dan logikal. Matlamatnya hanyalah untuk memuaskan nafsu naluri semata-mata. Ia tidak pernah matang walaupun umur seseorang itu telah lanjut. Dalam usaha id untuk mendapatkan keseronokan dan mengelakkan kesakitan, ia telah menggunakan dua cara utama iaitu :
  1. Gerakan pantulan
Ia berkaitan dengan tindakan yang tidak disengajakan dan berhubung dengan sistem saraf. 
   
    2.   Sistem primer

Proses ini merupakan proses psikologi yang bertujuan untuk mengurangkan ketegangan dengan membayangkan objek yang dikehendaki.
  • Ego
Bertindak sebagai kuasa eksekutif bagi mengawal personaliti seseorang dan sebagai pengawal kepada jenis-jenis tindakan yang sesuai dengan persekitaran. Ego bertindak berdasarkan kepada realiti. Dengan itu, segala tindak tanduk yang dilakukan adalah setelah membuat pertimbangan mengikut realiti yang wujud pada ketika itu. Ego juga dapat menghasilkan pemikiran yang logik dan rasional untuk merancang serta melaksanakann segala tindakan bagi mengurangkan ketegangan dan kerisauan. Ia juga mempunyai kawalan terhadap personaliti.
  • Superego
Ia lebih bersifat sosial dan bermoral. Ia bertanggungjawab terhadap sesuatu sama ada baik atau buruk, betul atau salah. Superego bertindak untuk menyekat ego daripada mematuhi sebarang tindakan id. Superego berfungsi sebagai hakim bagi menentukan ganjaran dan dendam. Fungsi utamanya ialahh untuk menyekat desakan-desakan id terutamanya berkaitan dengan seks. Ia juga berfungsi bagi menggantikan matlamat realistik dengan tujuan moral di samping berusaha ke arah kesempurnaan kendiri. Superego mempunyai dua sistem iaitu hati nurani yang menunjukkan pembentukan superego hasil daripada dendaan atau hukuman.



Mekanisme bela diri
Corey (2005) mendefinisikan MBD sebagai pengherotan terhadap realiti yang boleh mengurangkan kesan kesakitan dan konflik melalui tindak balas lazim yang automatik. Ia bertujuan untuk mengurangkan penderitaan egi yang tidak dapat mengawal id dengan baik dan membantu ego mempertahankan dirinya dari desakan dan dorongan yang kuat dari id. 

Diantara helah bela diri yang digunakan ialah :
  1. Represi
  2. Sublimasi
  3.  Regresi
  4. Identifikasi 
  5. Penyangkalan
  6. Pembentukan reaksi
  7. Projeksi 
  8. Penyaluran
  9. Pampasan
  10. Undoing
  11. Penarikan
  12. Keafresifan
  13. Intelektualisasi
  14. Kelekatan 
  15. Tingkah laku provokatif
  16. Penukaran
Peringkat-peringkat perkembangan personaliti
  1. peringkat mulut atau oral ( 0 hingga 1 tahun )
  2. Peringkat dubur atau anal ( 2 hingga 3 tahun )
  3. Peringkat zakar dan faraj (4 hingga 5 tahun )
  4. Peringkat Latensi ( 6 hingga 12 tahun )
  5. Peringkat syahwat ( 12 tahun ke atas )
Teknik yang selalui digunakan ialah :
  1. Perkaitan bebas
  2. Pentafsiran
  3. Tafsir mimpn
  4. Analisa penahanan
  5. Analisa pemindahan
K la..buat masa ni..ni je yang dapat aku post...nanti aku post lagi maklumat yang penting yang terdapat dalam teori ni..k semua....daa...asalamualaikum w.b.t

2. Teori Pemusatan Insan @ Teori Rogers


Latar belakang tokoh



Carl Ransom Rogers dilahirkan pada 8 Januari 1902 di Oak Park dan meninggal dunia di La Jolla, California pada 4 Februari 1987 semasa berumur 85 tahun selepas menjalani pembedahan tulang punggungnya yang patah akibat satu kemalangan. Ayahnya merupakan seorang kontraktor dan jurutera. Kedua-dua ibu bapanya sangat berpegang kuat pada agama. Kaluarganya sangat rapat dan adik beradiknya adalah seramai 6 orang. Lima daripada mereka adalah lelaki.


Konsep Utama Terapi
Pandangan terapi terhadap manusia
Rogers berpandangan bahawa manusia adalah rasional, baik dan bertanggungjawab. Manusia boleh membuat keputusan sendiri yang membawa kepada kebebasan dan berdikari. Manusia adalah membina, bekerjasama boleh dipercayai, realistik dan sanggup bersosial. (Rohany Nasir, 2006). Emosi-emosi negatif seperti marah, dan benci memang wujud akibat penafian keperluan seperti sayang, keselamatan dan penerimaan. Andaian-andaian teori adalah seperti berikut :
a. Konsep kendiri adalah persepsi tentang diri kita berdasarkan interaksi kita dengan orang lain.
b. Individu bertingkah laku dalam bentuk yang boleh meningkatkan konsep kendirinya.
c. Hanya dengan pengalaman dan penghormatan barulah individu akan bersedia untuk berkongsi masalahnya.

Othman Mohamad (2005) dan Sapura Sipon (2007), menjelaskan klien bertanggungjawab mendapatkan kesedaran dirinya serta bergerak bertindak ke arah suatu kesedaran yang boleh menguntungkan dirinya dalam keadaan sebenar.

Matlamat terapi
Antara matlamat terapi ialah :
a. Klien mendapat kebbasan dan integrasi sepenuhnya dalam menyelesaikan masalahnya.
b. Membantu klien akan menangani bukan sahaja masalah sekarang tetapi juga masalah yang akan datang.
c. Membantu perkembangan diri klien.

Proses dan teknik
Setiap individu mempunyai keinginan untuk berkembang, matang dan mencapai atau menuju ka arah kesempurnaan kendiri. Ini adalah satu-satunya pendekatan teraputik yang utama yang bergantung terhadap gerakan dalaman klien untuk menuju ka arah pertumbuhan. Individu dilihat sebagai boleh memulihkan diri sendiri, memerlukan kemesraan dan persekitaran yang menyokong untuk mencapai kepuasan kendiri pada tahap yang tinggi. Rogers menyarankan 3 suasana yang fasilitatif iaitu :
a. Ketulenan atau kongrean
b. Penerimaan tanpa syarat
c. Empati

Jika wujud suasana psikologikal itu perhubungan antara kaunselor-klien yang menumpukan penerimaan positif dengan keredaan kaunselor terhadap klienhya, keikhlasan, ketulenan didi dan kongreann dan kefahaman yang empati oleh kaunselor tentang ruang rujuk dalam klien, maka suatu perubahan personaliti akan berlaku dalam diri klien

Kongruen
Kaunselor menjadi dirinya sendiri. Kaunselor bersifat ikhlas, tidak buruk sangka, tidak bersifat ragu-ragu dan tidak berpuara-pura terhadap klien. Semakin dalam kaunselor boleh melibatkan diri dalam kaunselong secara tulen dan tidak berpuara-pura, semakin tinggi kemungkinan klien akan berubah dan berkembang.




Penerimaan positif tanpa syarat
Menerima klien tanpa mengira syarat tertentu. Keadaan ini menyumbang kepada perkembangan kendiri manusia secara menyeluruh dan bersepadu. Kaunselor menerima tanpa syarat sangat menghargai diri klien dan tidak terpengaruh dengan tingkah laku klien. Sikap ini terjelma dalam penerimaan kaunselor ke atas diri dan juga sikap klien. Ia adalah perasaan ambil berat kaunselor yang tidak dikuasai oleh perasaan berat sebelah atau penilaian perasaan atau tingkah laku klien.



Empati
Kebolehan kaunselor untuk memasuki ruang rujuk klian dan membenarkan diri klien mengalami proses mental dan emosi yang dialami klien. Proses empati juga berlaku apabila kaunselor memahami dan menghayati perasaan klien. Kaunselor melaksanakan teknik empati sepanjang sesi rawatan. Namun begitu, kebolehan kaunselor adalah semasa sesi penerokaan di mana kebolehan kaunselor untuk memasuki ruang rujuk atau dunia klien akan berupaya memahami keadaan diri klien dengan lebih mendalam.



      Mengenal pasti perasaan dapat memberitahu kepada klien bahawa kaunselor sedang mendengar dan menggalakan klien untuk bercakap lebih bebas. Ini boleh mmebantu untuk merangka satu ketetapan yang lebih memuaskan. Mendengar dengan aktif memerlukan kaunselor bekerjsama di dalam proses berkomunikasi. Ini termasuklah:

  1. Parafrasa
  2. Penjelasan
  3. Maklum balas
  4. Kongruen
  5. Mendengar untuk merasa
  6. Menghormati
  7. Penerimaan yang mesra
  8. Konfrontasi
Peranan kaunselor dan klien
Kaunselor
  • Fasilitator
  • Mewujudkan suasana teraputik
  • Membantu klien supaya tidak bersofat defensif bterhadap tingkah lakunya.
  • Menganggap klien sama taraf dengan kaunselor dan berusaha mengenali masalahnta.
  • Berusaha membantu klien mengenali diir dan masalahnya dengan jelas.
Klien
  • Klien memutuskan bahawa dia memerlukan kaunseling dan datang secara sukarela
  • Pada awalnya, klien menghadapi kebimbangan, percanggahan perasaan dan fikiran.
  • Klien bersedia untuk berbincang apabila merasa diterima dan dapat menghayati perhubungan kaunselor dengan klien
  • Klien berasa lebih terbuka dan bebas meluahkan perasaan dan menjelajah diri.
  • Klien cuba untuk mencari penyelesaian dengan bantuan kaunselor.
  • Klien menentukan pilihan dan tindakannya sendiri (dibantu oleh kaunselor).
  • Klien berupaya dan bersedia untuk berubah
  • Klien bersedia untuk terus berkembang dalam usaha mencari matlamat baru.
Limitasi
  1. Tidak terdapat teknik yang khusus.
  2. Kurang panduan tentang  cara mewujudkan hubungan kaunselor dengan klien.
  3. Kebanyakan konsep tidak dapat dibuktikan dan diukur dengan mudah.
Yang ni contoh sesi dalam teori pemusatan insan.







 3. Teori Gestalt
Latar belakang tokoh


Frederick Salomon Pearls telah memperkembangkan terapi berpandukan psikologi Gestalt yang diasaskan oleh Max Wertheimer dan Wolfgang Kohler. Semua tokoh ini berpandapat bahawa semua manusi seharusnya dilihat secara keseluruhan dan tidak berasingan. Perkataan Getalt bermaksud keseluruhan.

KONSEP UTAMA TERAPI




Pandangan terapi terhadap kejadian manusia
Teori ini memberikan penekanan terhadap isu-isu yang berkaitan dengan manusia secara holistik. Manusia dilihat mempunyai satu komposisi yang tersidi daripada bahagian-bahagian yang saling berhubung kait di antara satu sama lain seperti perasaan, fikiran dan tingkah laku yang saling berinteraksi dan bergerak balas secara aktif, bukan berasingan. Pada asasnya terapi ini telah meliha tmanusia itu mempunyai sifat tabii berdasarkan falsafah kewujudan dan fenomanalogi (Pearls).
Antara pandangan terapi ini ialah :

  • Manusia adalah satu prganisma yang bersepadu atau saling berhubung kait antara satu sama lain yang terdiri daripada fizikal, mental, kerohanisn dan emosi. Semua komponan ini berfungsi secara keseluruhan atau berada dalam satu kesatuan. Pada hakikatnya manusia yang sihat akan berperasaan, mempunyai fikiran dan bertingkah laku secara sihat, jelas dan bersepadu.
  • Manusia juga dilihat mempunyai tanggungjawab, berkebolehan, bakat dan keupayaan untuk menguruskan diri, merasai dan berupaya menyatukan segala perasaan dan pengalaman dalam keadaan diri yang bersepadu. Namun ketika proses pembesaran, pertumbuhan dan perkembangnnya maka berlaku masalah yang menyebabkan  wujudnya kebuntuan dan sukar ditangani.
  Oleh itu, teori ini menekankan kepada kesedaran individu terhadap prinsip di sini dan sekarang. Ia memberi perhatian khusus kepada jenis-jenis tingkah laku yang tersekat perkembangannya dan bagaimana tingkah laku itu menjadi sedemikian sehingga organisma tidak boleh berfungsi dengan berkesan pada masa sekarang.

  • Saat-saat sekarang
Pendekatan ini memberikan penekanan kepada isu-isu yang berkaitan kemanusiaan secara keseluruhan. Pada asasnya teori ini melihat sifat tabii manusia berdasarkan kepada falsafah kewujudan dan fenomenalogi. Pendekatan ini memfokuskan kepada kesedaran dalam menerima tanggungjawab personal dan perseorangan. Jika seseorang itu boleh membuat pilihan maka kehidupannya menjadi lebih bermakna.
Antara perkara-perkara penting dalam tema ini ialah:
  1. Hidup pada masa sekarang dan fokus pada masa sekarang.
  2. Berada di sini. Uruskan dengan perkara yang hadir dan bukan dengan perkara yang tidak hadir.
  3. Hentikan pemikiran yang bukan-bukan. Cuba lihat dan mengalaminya.
  4. hentikan khayalan. Alamilah yang sebenarnya.
  5. Nyatakan dan jangan beri alasan.
  6. Cuba alami perasaan yang menyakitkan dan menyeronokkan.
  7. Jangan menerima yang sepatutnya.
  8. Pikul tanggungjawab terjadap tindakan perasaan dan pemikiran sendiri.
  9. Terima diri anda yang sebenar.
Konsep-konsep asas yang perlu difahami dalam pegangan ini ialah :
  • Di sini dan kini (here and now)
  • Perkara yang belum dan tidak selesai ( unfinished business)
  • Konsep kesedaran yang luas.
  • Kebimbangan yang disebabkan oleh jurang antara masa sekarang dan masa lalu.
  • 'Scape goat' ( alasan untuk mengurangkan kebimbangan dan mengelakkan tanggungjawab sekarang)
  • Catartrophy ( kebimbangan yang melampau tentang masa akan datang)
  • Sentiasa berkhayal dan berfantasi.
  • Pertumbuhan dan kematangan
MATLAMAT TEORI
  1. Membantu individu lebih mengenali diri sendiri dengan lebih lebih mendalam tanpa perlu berusaha untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran.
  2. Memberi kesedaran kepada kepada individu bahawa mereka mempunyai tanggungjawab yang tersendiri. Teori ini juga cuba untuk membentuk individu agar lebih berdikari, tidak bergantung ke[ada orang lain dan menyedarkan mereka bahawa mereka mampu melakukan perkara-perkara yang jauh lebih baik daripada apa yang disangka.
PROSES DAN TEKNIK

  • Kerusi kosong
  • Top-dog under-dog
  • Sayalah yang bertanggungjawab bagi .......
  • Saya ada satu rahsia
  • Bermain dengan projeksi
  • Permainan yang melebih-lebih  (exageration)
  • Kekalkan dengan satu perasaan 
  • Making the round
  • Permainan raptai
  • Arahan
  • Perubahan bahasa
  • Dreamwork
PERANAN KAUNSELOR DAN KLIEN

Kaunselor
  • Memberi perhatian sepenuhnya kepada pengalaman lalu klien dan membawa klien kepada keadaan sekarang, bukan hanya menterjemahkan kepada tingkah laku orang lain.
  • Menolong klien melihat dirinya secara keseluruhan
  • Menolong klien memudahkan proses-proses menerima tanggungjawab dan mengintegrasikan dengan meningkatkan kesedaran kendiri.
  •  Pemangkin kepada pertumbuhan klien.
Klien
  • Klien digalakkan untuk mempertahankan diri sendiri
  • Menentukan matlamat apabila hendak mendapatkan perkhidmatan kaunseling
  • Belajar untuk menerima tanpa rasa kecewa segala bentuk pertolongan yang didedahkan sebagai perkembanganya ketika rawatan.
Limitasi
Terapi ini mempunyai kecenderungan mengenepikan unsur- kognitif dan merendahkan faktor intelektual dalam personaliti.





4. Terapi Realiti


LATAR BELAKANG TOKOH

Diasaskan oleh Willliam Glasser yang merupakan seorang ahli psikologi di California dalam tahun 1965. Terapi ini merujuk kepada dunia fenomenologi klien dan menekankan kepada cara yang subjektif iaitu klien akan melihat dan bertindak balas dengan dunia persekitaran mereka melalui evolusi dalaman.

KONSEP UTAMA TERAPI


Terdapat 3 andaian terhadap kejadian manusia berdasarkan terapi ini. Antaranya ialah :
  1. Manusia berfungsi pada tahap atau keadaan kesedaran tanpa dipengaruhi oleh kuasa tidak sedar. 
  2. Dalam diri manusia terdapat dorongan yang sihat. Dorongan ini mengandungi 2 tahap iaitu  dalam bentuk fizikal dan psikologi. Bentuk fizikal merupakan suatu keperluan asas kepada manusia seperti makan, minum dan tidur. Manakala bentuk psikologi pula terbahagi kepada 5 bahagian :
  • Rasa dipunyai
  • Kuasa
  • Kebebasan (freedom)
  • Keseronokan'
  • Survival

Kesemua keperluan ini akan membawa kepada identiti diri seseorang individu dan tercapai apabila individu itu diterima oleh orang lain atau masyarakat.  Mengikut Amir Awang, terapi ini berbeza dengan teori-teori kaunseling dan psikoterapi yang lain kerana ia tidak mempunyai konsep tertentu. Walaubagaimanapun, ia mempunyai ciri-ciri tertentu iaitu :
  • Terapi ini menekankan tingkah laku yang tidak siuman disebebkan pengabaian tanggungjawab. Manurutnya individu itu tidak melaksanakan tanggungjawab maka akan timbul tingkah laku yang bilazim.
  • Terapi ini juga memberi tumpuan kepada tingkah laku dan bukannya perasaan dan sikap. Menurut terapi ini apabila tingkah laku berubah, maka sikap dan perasaan akan turut berubah.
  • Terapi ini juga menitikberatkan tanggungjawab. sikap bertanggungjawab perlu dipelajari secara terus menerus sepanjang kahidupan.
  • Persetujuan di antara kaunselor dan klien perlu dipatuhi bagi mencapai matlamat dan memenuhi keperluan individu tersebut.
MATLAMAT TERAPI

  1. Membantu klien memperjelaskan apa yang mereka mahu dalam hidupnya.
  2. Membantu klien mengenal pasti kekuatan dan kelemahan diri secara sokongan yang ada di sekelilingnya dan juga bentuk halangan-halangan yang wujud.
  3. Membantu klien agar mantap dari segi psikologi dan lebih rasional dalam membuat tindakan dan pemikiran.
PROSES DAN TEKNIK


Pada kebiasaannya, teknik yang digunakan dalam terapi ini ialah teknik W, D, E P. WDEP ialah akronim kepada :

     W - want (perubahan atau perkara yang klien mahukan dalam hidupnya)
      D -  do (tingkah laku atau perkara yang perlu dilakukan untuk mendapatkan W)
      E - evaluate (menilai sama ada perkara yang dilakukan itu berjaya atau tidak )
      P-planning 

Selain itu juga terdapat 8 langkah dalam proses terapi ini iaitu :
  1. Keterlibatan
  2. Fokus kepada tingkah laku semasa
  3. Fokus terhadap masa sekarang
  4. Menilai kendiri
  5. Membuat pelan
  6. Komitmen
  7. Tidak menerima sebarang alasan
  8. Hapuskan dendaan 

TEKNIK YANG DIGUNAKAN

Teknik-teknik yang selalu digunakan dalam terapi ini ialah :
 1. Menjadi model atau contoh
Kaunselor menjadi contoh kepada klien yang berperanan sebagai seorang pendidik. Kaunselor cuba menolak tingkah laku klien yang negatif tanpa meminggirkan klien tersebut.  Kaunselor perlu mengajar klien dengan cara yang lebih berkesan bagi memenuhi kehendak klien berdasarkan realiti. 

2. Konfrontasi
Kaunselor akan berhadapan atau mencabar klien tanpa membenarkan klien memberikan alasan-alasan tertentu. Kaunselor juga boleh menggunakan cemuhan-cemuhan dan kritikan yang boleh memeranjatkan klien di dalam usaha untuk mencabar tingkah laku klien yang tidak realistik. 

3. Main peranan
Kaunselor akan menggunakan komunikasi dalam main peranan bersama klien. dalam permainan tersebut kaunselor akan cuba memberikan penekanan kepada 'di sini' dan pada 'ketika ini' dan elakkan daripada memberikan penumpuan kepada masa lampau dan perasaan yang tidak baik. 

4. Tindak balas
Kaunselor akan meminta klien untuk melihat tingkah lakunya sebagai satu cara untuk klien menerima satu tanggungjawab. Kaunselor akan bertanya kepada klien sama ada tingkah laku tersebut sesuai atau berfaedah kepada klien. Dalam hal ini, klien hendaklah menentukan sama ada hendak mengubah tingkah lakunya atau sebaliknya.

5. Kontrak (perjanjian)
Kaunselor dan klien hendaklah membuat perjanjian. Sekiranya perlu perjanjian itu boleh dilakukan dalam bentuk tulisan dan ditandatangani oleh klien. Biasanya dalam perjanjian terdapat peraturan-peraturan tertentu maka dalam membuat peraturan tersebut klien melibatkan diri dengan kaunselor. Kaunselor juga perlu menyemak kemajuan klien dan memberikan pujian mengikut situasi yang perlu. Sekiranya rancangan yang dirancang agak sukar dilaksanakan maka perlu buat rancangan yang baru. Bagi pihak klien kegagalan rancangan tersebut tidak perlu dihukum atau didenda.

PERANAN KAUNSELOR DAN KLIEN

Kaunselor 
  • Kaunselor berperanan sebagai guru dan model. Kaunselor menerima klien secara mesra, empati dan penuh perhatian.
  • Membina struktur dan had sesi kaunseling
  • Membina perhubungan  berdasarkan perhatian dan penghormatan.
  • Kaunselor mencabar klien dengan bertanya adakah perkara yang dilakukann mendatangkan faedah atau manfaat kepada klien.
  • Mengajar dan menggalakkan klien melaksanakan pelan tindakan untuk mengubah tingkah lakunya.
Klien
  • Klien digalakkan memikirkan dan merancang strategi-strategi yang khusus untuk mengubah tingkah laku yang gagal dan menggantikannya dengan tingkah laku yang baik.
  • Klien hendaklah melaksanakan strategi-strategi yang dirancang. Klien mestilah komited pada rancangan tindakannya. Mereka tidak boleh menyalahkan sesiapa atau cuba memberi alasan tertentu. Kontrak dan komitmen seperti ini hendaklah dilaksanakan oleh klien.
Limitasi
Terapi ini cenderung memfokus kepada tingkah laku semata-matatetapi seseorang itu manusia itu adalah unik dan bertindak dengan secara menyeluruh termasuklah emosi, persepsi, kognitif, deria dan sebagainya. Oleh itu jelas menunjukkan bahawa terapi ini mempunyai keupayaan yang terbatas.





5. Terapi Tingkah Laku

B.F Skinner


Latar belakang tokoh
Pelopor yang terpenting ialah B.F Skinner yang telah memberi penekanan dalam konsep Pelaziman Operan. Beliau telah dilahirkan di Susquehanna, Pennsylvania pada tahun 1904. Beliau merupakan anak pertama daripada dua adik beradik tetapi adik lelakinya telah meninggal dunia ketika berumur 16 tahun. Dalam mendidik anak-anak ibu bapanya tidak menggunakan hukuman fizikal seperti memukul atau sebatan. 

Pelopor seterusnya ialah Ivan Pavlov. Beliau telah memperkenalkan satu pendekatan yang dikenali sebagai Pelaziman Klasik. yang mana beliau telah membuat pemerhatian kepada proses pencernaan terhadap anjing. Berdasarkan kepada pengaruh eksperimen Pavlov, J.B Watson telah mengaplikasikan konsep yang sama terhadap tingkah laku manusia. Berbaza pula dengan teori Kognitif Sosial ataupun pemikiran, cuba untuk menerangkan bagaimana individu belajar melalui pemerhatian ataupun persepsi daripada persekitaran mereka. Ketiga-tiga pelopor ini telah memberikan pendekatan yang berbeza namun saling melengkapi.

KONSEP UTAMA TERAPI



Pelaziman klasik
Pelaziman Klasik memfokuskan kepada anteseden dalam satu tingkah laku. Di dalam kajian ataupun eksperimen yang dijalankan untuk mengkaji proses pencernaan terhadap anjing, Pavlov mendapati akhirnya anjing tersebut akhirnya boleh mengeluarkan air liur walaupun tiada makanan diberikan dan menyimpulkan bahawa proses pembelajaran boleh berlaku di dalam persekitaran yang disediakan. Apabila anjing diberikan makanan sebagai satu rangsangan sudah pasti anjing tersebut akan mengeluarkan air liur iaitu sebagai tindak balas terhadap rangsangan. Rangsangan yang neutral pula seperti loceng tidak berupaya untuk memberi respon. Namun dalam eksperimennya, Pavlov telah menyediakan suatu keadaan di mana setiap kali beliau membunyikan loceng, dengan segera akan disertakan makanan. Prosedur ini telah diulang beberapa klai untuk memberikan satu proses pembelajaran.
Pelaziman Operan
Pelaziman Operan yang diperkenalkan oleh B.F Skinner (1904-1990) turut memfokuskan kepada sebab dan akibat daripada satu tingkah laku. Secara asasnya pelaziman operan ini merupakan satu proses pembelajaran yang melihat satu tingkah laku itu dapat mengubah consequence secara sistematik. Satu eksperimen yang dibuat oleh Skinner adalah dengan menggunakan burung merpati sebagai satu objek yang diajar untuk menekan selak bagi mengeluarkan makanan jagung. Makanan jagung adalah rangsangan tidak terlazim dan juga berbentuk peneguhan. Apabila burung merpati menekan selak berkali-kali dan makanan terkeluar, maka tindakan ini akan bertukar menjadi tindakan peneguhan. Seterusnya tindakan terlazim akan menyebabkan satu keupayaan memakan makanan yang lazat dan rasa kenyang sebagai satu tindak balas terlazim.

Teori Kognitif Sosial
Kedua-dua pelaziman ini lebih memfokuskan kepada tingkah laku yang nyata dan tindakan yang dapat diterima secara terus. Teori ini lebih memfokuskan kepada tingkah laku yang tidak nyata seperti pemikiran, perasaan, imaginasi dan ingatan. Teori Kognitif Sosial yang juga dikenali sebagai Teori Pembelajaran Sosial mempunyai 2 aspek penting iaitu pemerhatian dan modelling yang menekankan peranan pemikiran dan imej dalam kefungsian psikologi. 

Personaliti
Personaliti manusia terbina dan berkembang bergantung kepada interaksi mereka dalam persekitaran. Manusia bertindak balas melalui rangsangan. Dalam proses ini corak tingkah laku dan personaliti seseorang akan bertindak.

Peneguhan
Peneguhan positif bermaksud satu proses keadaan positif yang sekali gus memberikan kesan yang positif. Apabila tingkah laku diikuti oleh keadaan positif, tingkah laku tersebut akan meningkat dan berulang apabila  diberi peneguhan. Manakala peneguhan negatif pula ialah satu proses penyingkiran dan pengelakan yang akan menyebabkan tingkah laku negatif tersebut berulang apabila menerima peneguhan yang negatif.

Penghapusan
Situasi ini akan menyebabkan tingkah laku tersebut dihentikan.

Membuat kesimpulan
Apabila satu tingkah laku diberi peneguhan, ini akan menyebabkan wujudnya kesimpulan ke atas tingkah laku lain dengan menggunakan rangsangan yang sama.

PROSES DAN TEKNIK

  • Sistematik desensitization
  • Imaginal flooding
  • In vivo
  • Modelling
  • Tingkah laku kognitif
Sumbangan
Terapi ini memberi perhatian kepada perkara yang spesifik. Kaunselor membantu klien dalam merangka pelan tindakan bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi, bukan sekadar bercakap tentangnya. Terapi ini menitikberatkan kajian dan ujian terhadap keputusan diagnosis yang dijalankan bersama klien.






6. Teori Rational Emotive Behaviour Theraphy




LATAR BELAKANG TOKOH
Teori ini diperkenalkan oleh Albert Ellis. Asalnya teori ini dikenali sebagai Teori Rasional Emotif. Albert Ellis dilahirkan pada tahun 1913 di Pittsburgh, Amerika Syarikat. Beliau merupakan pelopor kepada terapi ini atau lebih dikenali sebagai terapi A-B-C. Semasa zaman kanak-kanak beliau sering mengalami gangguan kesihatan. Beliau pernah dimasukkan ke hospital untuk menerima rawatan nefritis sebanyak sembilan kali.  Ellis mempunyai kebolehan dalam memberikan perkhidmatan kaunseling. Beliau bercita-cita untuk menjadi seorang pakar psikologi. Beliau mula mempraktikkan terapi perkahwinan, keluarga dan seks. Pada masa itu, Ellis yakin bahawa Terapi Psikoanalisis merupakan satu teori yang mengkaji manusia dengan begitu mendalam. Dari tahun 1947 hingga tahun 1953, beliau telah menjalankan analisis dan analitikal secara klasikal berorientasikan psiokoterapi. Kesimpulan yang beliau perolehi ialah Terapi Psikoanalisis tidak begitu mendalam dan tidak saintifik.

KONSEP UTAMA TERAPI

Pandangan Terapi Terhadap Manusia 
Terapi ini mengandaikan bahawa manusia sebagai penilai, perunding dan pengawal diri. Gangguan emosi dan tingkah laku akan bermula apabila manusia menganggap beberapa keutamaan seperti keinginan untuk disayangi, diperakui kejayaan dan menganggap keutamaan tersebut sebagai keperluan yang utama. Terapi ini juga memandang bahawa manusia dilahirkan dengan kecenderungan ke arah perkembangan dan pengiktirafan diri tetapi mereka akan mengkhianatinya disebabkan kecenderungan untuk berfikir  secara tidak rasional dan contoh-contoh mengalah diri yang mereka telah pelajari.
    Terapi ini berlandaskan bahawa manusia boleh berfikir secara rasional dan tidak rasional. Manusia berupaya untuk memelihara dirinya, bergembira, berfikir, menterjemahkan diri, sayang menyeyangi, berkomunikasi dengan orang lain, berkembang dan mengiktiraf diri sendiri. Manusia juga cenderung untuk merosakkan diri sendiri, tidak berfikir, suka menangguh membuat sesuatu pekerjaan, mengulangi kepercayaan, tidak sabar, mementingkan kesempurnaan semata-mata, selalu menyalahkan diri sendiri cuba mengelakkan pengiktirafan dan pertumbuhan potensi.  Semua fenomena ini meyakinkan bahawa terapi ini dapat mmebantu manusia untuk menerima kembali diri mereka sendiri setelah melakukan kesilapan dan belajar untuk hidup secara lebih harmonis.
    Suradi Salim mengandaikan bahawa manusia berupaya untuk berfikiran rasional dan tidak rasional. Dalam pemikiran seseorang individu, terdapat sistem kepercayaan yang berkecenderungan untuk berfikir ke arah tidak rasional. Apabila satu peristiwa terjadi maka individu itu selalu mengandaikan satu kepercayaan terhadap peristiwa tersebut sama ada ianya baik atau tidak. Oleh itu, kaunselor perlu bertanggungjawab untuk mewujudkan sistem kepercayaan individu tersebut supaya menjadi rasional bagi membantunya memperolehi kehidupan yang lebih harmonis.



Mengapa dan bagaimana gangguan berlaku?
Menurut Ellis (1979), manusia menghadapi masalah bukan akibat daripada satu peristiwa itu tetapi disebabkan pandangan atau pemikiran mereka sendiri terhadap peristiwa tersebut. Bagi terapi ini, seseorang individu akan mengalami neorosis dan psikosis buken disebabkan oleh satu peristiwa tetapi kerana idea-idea dan kepercayaan yang tidak rasional, tidak realistik dan tidak logik. Implikasi daripada pemikiran yang karut, songsang dan tidak logik ini akan menimbulkan gangguan emosi dan tingkah laku yang bersifat kalah diri. Terapi ini telah mendefinisikan tingkah laku yang tidak sesuai dan kalah diri sebagai tindakan yang boleh menjadi gangguan hidup seseorang. Tingkah laku yang dimaksudkan ialah seperti tingkah laku yang kaku, kompulsif, streotaip, fobia dan penarikan diri.
      Menurut teori ini, seseorang yang bermasalah akan mempunyai satu sistem kepercayaan yang penuh dengan pemikiran yang tidak rasional mengenai perkara yang dilihat atau dialaminya. Ellis telah menggariskan beberapa idea pemikiran yang tidak rasional :

  • Saya mesti disayangi dan mendapat persetujuan oleh orang-orang yang penting atau signifikan dalam hidup saya.
  • Saya mesti membuktikan bahawa saya berkebolehan dan berkemampuan.
  • Apabila seseorang bertindak secara tidak adil dan tidak diingini, maka kita harus menyalahkan dan mengutuknya dan melihatnya sebagai seorang yang tidak baik.
  • Masa lampau adalah penting kerana ia mempengaruhi hidup kita.Oleh itu, ia sentiasa menentukan perasaan kita hari ini.
  • Saya harus melihat kehidupan saya sangat teruk sekiranya saya tidak dapat mencari penyelesaian yang baik kepada kehidupan realiti.
  • Saya perlu berpandangan tidak baik sekiranya saya dikecewakan, disisih atau tidak dilayan dengan adil.
  • Sekiranya satu perkara itu mernbahaya dan menakutkan maka saya mesti memikirkannya dan risau tentangnya.
Ellis (1979) berpendapat bahawa antara idea-idea yang sering mengganggu emosi dan fikiran manusia ialah apabila : 
  1. seseorang selalu menyalahkan diri sendiri
  2. seseorang itu menekankan perkataan 'mesti' dan 'patut' dengan cara yang mutlak.
   Bagi menerangkan dengan jelas bagaimana gangguan emosi dan fikiran berlaku, maka kita akan menggunakan konsep A-B-C-D-E yang telah dinyatakan oleh Ellis iaitu :


  • A - event (penggerak pengalaman atau peristiwa, faktor sikap atau tingkah laku yang dialami oleh  seseorang. Contoh gagal dalam peperiksaan.
  • B- belief (sistem kepercayaan yang dianuti oleh seseorang. Contoh 'saya tidak kelihatan cantik atau hodoh'.
  • C-consequence (akibat iaitu hasil daripada penilaian oleh B akan A dan ditafsirkannya. Misalnya individu itu berada dalam keadaan muram dan tidak bersemangat.
  • D-dispute (kaedah-kaedah untuk mencabar, berhujah,mengajar dan memperbetulkan sistem kepercayaan yang tidak rasional yang menyebabkan seseorang individu mengalami reaksi emosi yang tidak rasional. Misalnya 'saya tidak mahu kamu yang menyebabkan saya mengalami kerugian besar dalam hidup saya'.
  • E- evaluate (perasaan dan pemikiran menjadi normal dan mempunyai sistem kepercayaan dan penilaian yang rasional dan positif. Misalnya 'saya rasa gembira'.

    Oleh itu, kaunselor dan klien perlu bekerjasama untuk mencabar kepercayaan tidak rasional yang mengakibatkan gangguan emosi. Mereka perlu menuju ke arah mengubah perkara yang tidak realiti, tidak matang, terlalu menuntut dan tidak logik kepada pemikiran yang logik, matang dan realistik.

Ciri-ciri kepercayaan yang tidak rasional

  1. Rasa malu yang teramat
  2. Terlalu menuntut
  3. Merendah diri yang teramat
  4. Mempunyai daya toleransi yang rendah
  5. Lemah semangat atau tanpa harapan
  6. Merajuk
  7. Mengalah dan menyalahkan.
MATLAMAT TERAPI
  • Menunjukkan kepada klien bahawa pemikiran mereka merupakan punca utama terjadinya gangguan-gangguan emosi dan tingkah laku yang dialami oleh klien.
  • Terapi ini berusaha ke arah satu perubahan falsafah hidup dan ideologi berpandukan kepada andaian bahawa masalah emosi dan perlakuan manusia adalah berpunca daripada falsafah hidup menusia itu sendiri. 
  • Membantu klien membebaskan dirinya daripada masalah-masalah yang telah dinyatakan atau tidak diluahkan kepada terapis.

PROSES DAN TEKNIK

Peringkat 1
  • Mengkategorikan masalah
Peringkat 2
  • Mengenal pasti kepercayaan tidak rasional
  • Mengenal pasti masalah yang utama
  • Membentuk matlamat
Peringkat 3
  • Celik akal RET
Peringkat 4
  • Mengajar perkara rasional
Peringkat 5
  • Mewujudkan pemikiran
  • Aktiviti mencabar
  • Aktiviti peneguhan
Teknik emotif-evokatif
  1. Menghilangkan rasa malu
  2. Imageri
  3. Menggunakan aspek jenaka
  4. Hubungan interpersonal
  5. Main peranan

PERANAN KAUNSELOR-KLIEN

Kaunselor
  • Kaunselor juga akan membawa klien ke satu tahap kesedaran bahawa masalah klien yang sebenarnya adalah berpunca daripada diri klien itu sendiri yang sentiasa mengindoktrinasikan kepercayaan-kepercayaan yang tidak logik dalam dirinya dan mempertahankan gangguan emosi dengan berfikir secara tidak logik.
  • Mencabar klien
  • Menunjukkan klien pemikirannya yang tidak rasional
  • Menggunakan keanehan dan kelucuan untuk menghadapi pemikiran klien yang tidak rasional.
  • Mengajak klien untuk berfikir tentang beberapa ideanya yang tidak rasional yang telah mengarah kepada gangguan tingkah laku.
  • Menggunakan satu analisis logik untuk meminimumkan kepercayaan-kepercayaan yang tidak rasional klien.
Klien
  • Klien belajar bagaimana cara-cara untuk menerapkan pemikiran-pemikiran yang logik sebagai satu cara penyelesaian kepada permasalahan yang dihadapinya.
  • Klien perlu menyedari apa yang boleh ia lakukan bagi menghapuskan sistem kepercayaan yang tidak rasional itu dan menggantikan dengan satu sistem kepercayaan yang baru yang rasional dan realistik.
  • Klien celik akal.
  • Klien menyedari dan menerima hakikat bahawa selagi dia tidak berusaha bersungguh-sungguh untuk menghapuskan sistem kepercayaan itu, maka selagi itulah dia akan menghadapi masalah dalam hidupnya.
Limitasi
  • Terapi ini tidak memberikan penekanan terhadap perasaan. Ini akan menyumbangkan kepada penafian perasaan.
  • Kaunselor akan merasa bosan mengulangi perkara yang sama dengan semua klien.
  • Kaunselor yang tidak suka berdebat dan berkonfrontasi tidak sesuai menggunakan teori ini.
  • Tidak sesuai untuk klien yang tidak dapat berfikir secara logik.
  • Tidak sesuai untuk  klien yang tidak stabil emosinya.

8 comments:

  1. terima kasih atas nota-notanya... sangat-sangat membantu saya mendalami lagi ilmu tentang kaunseling :)

    ReplyDelete
  2. Salam. Terima Kasih untuk ilmu ini. Saya mintak izin copy ya untuk nota peribadi

    ReplyDelete
  3. terima kasih..sangat bermanfaat

    ReplyDelete
  4. terima kasih. nota ni sgt2 membantu

    ReplyDelete