Salam ukhwah, salam 1 Malaysia, 1 Catalyst dan salam 1 KKP..hehe
Dah lama rasanya tak buat post baru kat blog ni. Asal nak buat je mesti berat tangan nak menaip. Mana taknya asyik tengok muka buku je sampai tak terpost apa yang patut di post. Korang faham tak ayat ni??
Erm...pejam celik pejam celik dah masuk minggu kedua kuliah bermula. Begitu cepat masa berlalu. Sebab tu ada peribahasa mengatakan masa itu emas. Sebab masa tak boleh nak patah balik. Kalau dah terlepas tu memang rugi la kan.
Ramai kata kaunselor ini kebanyakan masa tak buat keje. Duduk je kat bilik kaunseling tu. Marah jugak bila dengar orang kata macam tu. Diorang tak tau yang keje kita ni jadi kaunselor sekolah banyak sampai menang tangan dibuatnya. Lagi-lagi nak handle masalah yang berkaitan dengan jiwa, bukan senang. Kaunselor bolah dikatakan macam doktor la yang merawat pesakitnya. Bezanya keje doktor kita nampak kejenya tapi keje kaunselor kita tak nampak sebab kaunselor ni duk dalam bilik je. Tapi diorang sume tu tau tak yang kaunselor ni merawat jiwa manusia. Yela, kaunselor kan berkait rapat dengan psikologi.
Psiko - jiwa, logi-bidang
So, dah terang-terang la bidang kaunseling ni menyentuh perihal jiwa manusia. Bila buat sesi pulak, kaunselor tak tengok dari satu sisi je, tapi dari semua sisi yang menyentuh ABC seseorang. Ha, tau tak apa tu ABC?? Bukan lagu budak tadika yang ABCDE..... tu..tapi
A- Affective
B- Behaviour
C- Cognitif
Tengok gambar ni .....
Ni model untuk Cognitif ( pemikiran ) |
ni pulak untuk model Behaviour
(macam tak sesuai je)
Nampak tak macam mana sukarnya tugas seorang kaunselor. Setiap sudut dalam diri individu hendaklah dilihat untuk mereka menyelesaikan masalah mereka. Kaunselor bukan hanya setakat duduk di bilik membuang masa dan bergosip, tetapi memikirkan cara yang lebih baik untuk menyelesaikan sesuatu masalah yang datang. So, renung-renungkan dan selamat berfikir :)
Sorry, kalau ada yang menyinggung dan tersalah cakap dan kata.....
Ni model untuk affektif |
Sorry, kalau ada yang menyinggung dan tersalah cakap dan kata.....