Tuesday 20 September 2011

Apa tu ABC?

Salam ukhwah, salam 1 Malaysia, 1 Catalyst dan salam 1 KKP..hehe

   Dah lama rasanya tak buat post baru kat blog ni. Asal nak buat je mesti berat tangan nak menaip. Mana taknya asyik tengok muka buku je sampai tak terpost apa yang patut di post. Korang faham tak ayat ni??
Erm...pejam celik pejam celik dah masuk minggu kedua kuliah bermula. Begitu cepat masa berlalu. Sebab tu ada peribahasa mengatakan masa itu emas. Sebab masa tak boleh nak patah balik. Kalau dah terlepas tu memang rugi la kan.

    Ramai kata kaunselor ini kebanyakan masa tak buat keje. Duduk je kat bilik kaunseling tu. Marah jugak bila dengar orang kata macam tu. Diorang tak tau yang keje kita ni jadi kaunselor sekolah banyak sampai menang tangan dibuatnya. Lagi-lagi nak handle masalah yang berkaitan dengan jiwa, bukan senang. Kaunselor bolah dikatakan macam doktor la yang merawat pesakitnya. Bezanya keje doktor kita nampak kejenya tapi keje kaunselor kita tak nampak sebab kaunselor ni duk dalam bilik je. Tapi diorang sume tu tau tak yang kaunselor ni merawat jiwa manusia. Yela, kaunselor kan berkait rapat dengan psikologi.

                             Psiko - jiwa, logi-bidang

    So, dah terang-terang la bidang kaunseling ni menyentuh perihal jiwa manusia. Bila buat sesi pulak, kaunselor tak tengok dari satu sisi je, tapi dari semua sisi yang menyentuh ABC seseorang. Ha, tau tak apa tu ABC?? Bukan lagu budak tadika yang ABCDE..... tu..tapi

                              A- Affective
                              B- Behaviour
                              C- Cognitif

Tengok gambar ni .....


Ni model untuk Cognitif ( pemikiran )

 ni pulak untuk model Behaviour
       (macam tak sesuai je)
                                     


                                                       
 Ni model untuk affektif


      Nampak tak macam mana sukarnya tugas seorang kaunselor. Setiap sudut dalam diri individu hendaklah dilihat untuk mereka menyelesaikan masalah mereka. Kaunselor bukan hanya setakat duduk di bilik membuang masa dan bergosip, tetapi memikirkan cara yang lebih baik untuk menyelesaikan sesuatu masalah yang datang. So, renung-renungkan dan selamat berfikir :)




Sorry, kalau ada yang menyinggung dan tersalah cakap dan kata.....

Friday 16 September 2011

Kaunselor dan klien




Assalamulaikum sume....
   Pertama-tama kalinya aku nak ucapkan kat korang sume selamat kembali ke kuliah dan kembali ke IPTA/S masing-masing. Selamat belajar dan selamat menyibukkan diri anda dengan bermacam-macam tugasan yang diberikan oleh pengajar anda. Erm..nampak tak gambar kartun kat atas tu??Yang ada dialog tu.. tapi dialog 2 tak jelas sangat la. Tapi cuba korang tengok gambar tu pasal apa??Aha...gambar kat atas tu pasal seorang murid yang berjumpa dengan kaunselornya untuk berkongsi ceritanya. Cerita pasal apa, tu aku tak tahula pulak kan. Hehe. Blog aku kali ni pasal kos yang aku amik kat sini iaitu pasal kaunseling. Cuba la baca title aku kt atas tu...kan tu pasal kaunseling. Memang impian aku pada masa nanti untuk jadi seorang kaunselor yang profesional dan berjaya. Amin... 
     Aku harap buat permulaan ni korang happy la baca blog ni. Ni cuma intro je. Saja nak perkenalkan kat korang main utama blog ni dibuat. Khas untuk kaunseling. Selamat membaca semua!!! Daaa.....


Sorry, kalau ada yang tersilap tulis dalam blog ni...