Thursday 3 November 2011

JOM BUAT PROGRAM

Salam ukhwah, salam 1 Malaysia, salam 1 catalyst, salam sayang dan salam sejahtera untuk semua....

Panduan Melaksanakan Program Motivasi

     Diharapkan anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera sahaja hendaknya..amin. Sudah  terang lagi bersuluh, untuk post kali ni, aku nak bagi tips-tips untuk bakal kaunselor atau sesiapa sahaja yang berkeinginan untuk menjalankan kem motivasi sama ada di sekolah, IPTA/S, atau di mana-mana sahaja yang anda mahu.
    Sebelum pergi lebih jauh lagi, eloklah aku terangkan apa itu motivasi. Kita selalu sebut motivasi, motivasi, motivasi. Tapi kita tahu tak apa itu sebenarnya motivasi???ha...aku terangkan..
    'Motivasi adalah usaha yang bersungguh-sungguh dengan hasrat yang mendalam bagi mencapai matlamat yang dirancang berdasarkan pada bibit-bibit kejayaan yang bakal ditemui.  Ia juga bermaksud kaedah atau latihan praktikal fizikal dan emosi yang digunakan bagi merangsang diri mendapatkan kejayaan dan semangat baru dalam menghadapi apa juga cabaran kehidupan.
 
Langkah-langkah awal dalam merealisasikan program ..
1. Mesti ada pengisian program 
Pengisian program ni termasuklah tentatif, aktiviti yang hendak dibuat sama ada ceramah, LDK, kuliah, bengkel, sukan, demonstrasi, dan lain-lain lagi. Semua ni memang penting untuk kerangka program anda sebagai kaunselor yang akan dilaksanakan.

2. Pemilihan kawasan kem
Ha...ni lagi satu yang penting. Kalau tidak ada tempat kem, macam mana sesuatu program tu hendak dibuat? Jadi pemilihan tempat yang sesuai juga memberi impak kepada program yang akan dijalankan.

3. Keperluan fasiliti
Keperluan fasiliti ni banyak kerana dengan keperluan inilah anda dapat melihat kelancaran sesuatu program.
Contoh keperluan yang dimaksudkan ialah :

  • Bilik urusetia
  • Dewan atau ruang makan
  • Asrama
  • Surau
  • Dewan kuliah
  • Peralatan teknikal
  • Bilik air dan bilik mandi 
  • Kawasan lapang
4. Peralatan dan keperluan
Contoh-contohnya ialah :
  • Peralatan memasak (jika memasak sendiri)
  • Peralatan perkhemahan (jika memilih perkhemahan)
  • Peralatan audio visual
  • Peralatan latihan
  • Peralatan peribadi
  • Ubatan
  • Alat perhubungan
  • Insurans
5. Peruntukan perbelanjaan
Di sini peruntukan perbelanjaan amat penting kerana ia juga menjadi nadi dalam buat sesuatu program. Anda yang hendak membuat program hendaklah pandai menguruskan perancangan kewangan supaya perbelanjaan mencukupi melebihi keperluan. Hal ini kerana semakin besar perbelanjaan, semakin hebat kem motivasi yang dapat dibuat. Selain itu, peserta juga akan merasa selesa apabila bersama-sama di dalam kem tersebut. Walaubagaimanapun, tidak bermakna jika perbelanjaan kecil kem motivasi tidak dapat dibuat dengan hebat. Apa yang penting ialah pengendali hendaklah membuat program motivasi yang sesuai dengan perbelanjaan yang diperolehi.

6. Sumber kewangan
Hal ini berkait rapat dengan peruntukan perbelanjaan tadi. Sebelum program dimulakan, bajet yang hendak digunakan hendaklah dirancang terlebih dahulu. Jika pengendali hendak membuat program dengan bajat yang besar, sumber untuk memperolehi dana dan kewangan hendaklah dicari. Hal ini adalah untuk mengelakkan pengeluaran wang yang banyak daripada pihak penganjur sendiri. antara contoh sumber kewangan yang boleh dicari ialah daripada NGO, PIBG, syarikat-syarikat swasta dan daripada pelbagai sumber lagi.

7. Pengangkutan
Pilihan lokasi adalah sangat penting dalam peningkatan kos pengangkutan. Selalunya kawasan yang dipilih adalah di luar dan jaraknya yang jauh. Pemilihan lokasi yang sebegini adalah atas alasan untuk menarik minat peserta dan memberi pengalaman baru kepada peserta. Selalunya kos pengankutan akan bertambah apabila jumlah peserta itu besar kerana jumlah kenderaan seperti bas bertambah.

8. Menu
Menu adalah elemen terpenting dalam kem dan perkehmahan. Penyediaan makanan perlu mengikut prosedur kesihatan yang ketat. Tidak kira sama ada menyediakan sendiri ataupun mengupah katering yang disediakan, soal kebersihan perlu diambil kira. Makanan yang seimbang perlu disediakan mengikut diet yang sesuai. Biasanya peserta berselera mekan selepas menjalankan beberapa aktiviti. Namun begitu, sindrom selera tertuutp berlaku dalam kalangan peserta. Makanan mengikut waktu yang ditetapkan, iaitu sebanyak enam kali sehari memberi keselesaan kepada peserta. Penyediaan makanan yang pelbagai mempunyai banyak kebaikan kerana dapat memberi pengalaman baru kepada peserta.

9. Publisiti
Pihak penganjur hendaklah menguar-uarkan tentang program yang dijalankan kepada umum. Pemakluman dalam bentuk tulisan kain rentang, posterdan sebagainya hendaklah diberitahu dan diberi kepada warga sekolah atau sasaran yang hendak diambil. Oleh itu, orang ramai tidak akan tertanya-tanya tentang program yang akan dijalankan di situ. Selain itu, media massa juga memainkan peranan yang penting di dalam membuat hebahan tentang program yang akan dijalankan. Penyebaran melalui bochure adalah lebih berkesan.

10. Cenderamata dan penghargaan
Penganjur hendaklah menyediakan cenderamata kepada pihak yang terlibat sebagai tanda ucapan terima kasih kepada pihak-pihak yang telibat dalam menjayakan program yang dilaksanakan. Sedikit sumbangan dalam bentuk kewangan selalunya diberi kepada penceramah yang berceramah semasa program. Sumbangan itu tadi juga boleh diiring dengan sedikit buah tangan yang dihias cantik.

11. Pensijilan dan hadiah
Pihak penganjur melalui urusetia perlu menyediakan sijil kepada peserta. Pilih format yang sesuai untuk membuat sijil penyertaan. Sijil disediakan semasa program sedang berlangsung. Penyertaan mereka dalam aktiviti luar menjadi lebih kukuh apabila diberikan sijil penyertaan.

12. Pemilihan peserta
Pemilihan peserta tertakluk kepada isu yang timbul. Contohnya, isu ponteng, buli dan budaya samseng boleh dibuat sebagai peserta kem.

13. Program dan aktiviti
Pihak oengajur perlu menyediakan hala tuju kem masing-masing. Program yang dirancang adalah seperti ceramah, pembentangan kertas kerja, seminar, dialog, tazkirah, kuliah, perbincangan dan sebagainya. Bagi aktiviti luar pula adalah serperti kembara, riadah, kawad, lawatan dan sebagainya bagi memantapkan program itu lagi.

14. Jurulatih dan pemudah cara
Pemilihan jrurlatih dan pemudah cara perlu dibuat dengan teliti dengan mengikut hala tuju program yang telah ditetapkan. Selalunya penganjur akan memilih pencaramah yang terkenal dan mampu memberikan yang terbaik kepada peserta program.Pilihan penceramah bergantung kepada pembabitan di kawasan berkenaan atau sebaliknya.

     Diharap perkongsian yang sedikit ini dapat memberikan manfaat dan faedah kepada para pembaca semua.  dalam membuat kem motivasi perkara yang penting ialah semangat dan kesungguhan kita dalam membuat sesuatu program itu. Jika kita bersungguh-sunggguh, apa sahaja masalah, kesukaran yang kita hadapi semasa program dapat kita hadapi dengan baik dan berkesan. Wasalam....
 Selalu kalau program motivasi, lagu yang selalu dimainkan ialah....




Sorry kalau perokongsian ini ada kekurangnnya. Sama-samalah kita memperbaiki segala kekurang yang ada....peace no war...sekian..

Tuesday 1 November 2011

PERKHEMAHAN KAUNSELING PELATIH UPSI (PERKAP)

Salam ukhwah, salam 1 Malaysia, 1 catalyst dan selamat sejahtera kepada semua pembaca-pembaca blog aku...


     Apa khabr semua???shat...aku harap anda-anda semua di luar sana sihat sahaja hendaknya...amin...untuk post kali ni..sekali lagi aku nak cerita tentang program yang aku sertai pada minggu lepas di Sg. Siput...nama program tu program PERKAP singkatan kepada Perkhemahan Kaunseling Pelatih UPSI. Kiranya semua tu disertai oleh budak-budak kaunseling jugak la...


      Program tu dijalankan selama tiga hari iaitu daripada hari jumaat sampailah hari ahad. Semua peserta terdiri daripada pelajar-pelajar bimbingan dan kaunseling dari semester satu hinggalah semester lima. Kiranya melalui program tu, jalinan ukhwah antara kami bertambah erat dan aku sendiri sudah dapat mengenali junior-junior aku yang selama ni aku langsung tak kenal. Memang benefit banyak la kat aku bila aku join program ni..
    Kalau nk diceritakan, memang aku happening sangat bila join program ni..sampai-sampai je sana, kitorang rehat jap sampai pukul 3 petang...program mula lebih kurang dalam pukul tiga..selepas tu kami teruskan dengan jungle tracking sambil menutup mata. Untuk aktiviti ini, tidak mengambil masa yang lama..hanya lebih kurang dalam satu jam la...lepas je program jungle tracking tu, kami teruskan dengan river confident..mula-mula memang agak kalut dan berdebar gak tapi akhirnya aktiviti ni memang best. Dalam aktiviti ni, ia mengajar kami cara-cara untuk menyelamatkan diri apabila terjatuh ke dalam air dengan mengapungkan badan....tapi masa ti kami menggunakan jakat keselamatan untuk aktiviti ni..sekali buat terus nak buat...memang tak jemu la...
      Malamnya pula ada aktiviti LDK yang diketuai oleh fasi daripada semester lapan. Banyak juga aktiviti yang dilakukan..best memang best...ni antara gambar ketika LDK dibuat...


     Malam tu kami ada aktiviti night walk..dalam pukul 11 malam gak la aktiviti ni dilakukan...takut gak masa tu...kami dibahagikan kepada enam kumpulan dan satu kumpulan ada lima orang..ada tiga checkpoint..checkpoint pertama kami dikehendaki untuk buat jungle tracking dengan menggunakan dua batang lilin...untuk checkpoint kedua pula...kami sekali lagi dikehendaki berjalan malam tanpa menggunakan lilin dan hanya mengikut arahan sahaja..memang takut la masa tu..untuk checkpoint ketiga lebih mencabar di mana kami dikehendaki untuk berjalan seorang diri di dalam gelap tanpa menggunakan apa-apa peralatan...walaupun takut memang kami kene beranikan diri pada waktu tu..akhirnya alhamdulillah..kami sampai juga ke destinasi...aktiviti tamat pada jam tiga pagi...

Sabtu
   Pada hari sabtu tu, pagi-pagi lagi kami bangun dan aktiviti bermula pada jam 9 pagi. Aktiviti dimulakan dengan river tracking di mana kami dikehendaki untuk menyusuri sungai di sepanjang perjalanan kami ke destinasi. Kami dikehendaki berjalan di dalam air sehingga sampai ke tempat yang ditetapkan. Memang sakit juga masa tu kerana kami dikehendaki berjalan di dalam air yang mempunyai batu-batu yang banyak di dalam sungai tersebut. Selepas aktiviti itu dilaksanakan, kami teruskan dengan aktiviti survival di mana kami dikehendaki untuk memasak dengan menggunakan ranting kayu dan daun kering untuk menghidupkan api. Bnayk juga yang kami pelajari daripada aktiviti ini..belajar untuk memaham kesusahan orang lain. Selesai sahaja, kami teruskan pula dengan aktiviti jungle tracking di mana kami dikehendaki untuk berjalan sejauh lima kilometer untuk aktiviti ini..sambil berjalan, kami diminta untuk makan satu jenis herba di dalam hutan tersebut...kami diminta untuk makan daun peria yang memang pahit sangat-sangat sampaikan aku sendiri pun rasa nak termuntah bila makan daun tersebut..walaupun memenatkan ia tetap menyeronokkan bagi aku...
       Malam pula, kami tiada aktiviti outdoor lagi dan kami teruskan dengan LDK biasa bersama fasilitator daripada semester lapan.

Ahad
     Pada hari ahad, tiada aktiviti outdoor yang dijalankan kerana kami meneruskan dengan aktiviti LDK yang dibuat di dewan kem tersebut. Selepas itu, aktiviti diteruskan dengan majlis penutup untuk program PERKAP ini...

    Alhamdulillah..akhirnya dapat juga aku merasai pengalaman yang sebegini sepanjang aku berada di UPSI. Banyak pengalaman yang aku dapat daripada semua aktviti yang dijalankan ini. Walaupun memenatkan tetap seronok..ukhwah dan jalinan antara aku dan junior-junior juga semakin erat. Aku dapat mengenali kebanyakan junior kaunseling daripada semester satu hingaalah ke semester tiga.
      Ni antara gambar-gambar yang diambil semasa program ini berlangsung...













    Ok...setakat ni sampai di sini saja post aku untuk kali ni..insya-Allah,,aku akan post lebih banyak lagi pengisian-pengisian untuk dikongsi bersama pembaca-pembaca semua..take care..see you soon....assalamualaikum w.b.t....

Maaf andai ada tersilap kata yang menyentuh hati, perasaan atau jiwa anda-anda semua..peace ni war...