Manusia yang menang adalah manusia yang sentiasa bangkit daripada kegagalan dan tidak jemu untuk berusaha...
Sunday, 9 October 2011
LAYANAN ISTIMEWA
Salam semua...salam ukhwah, salam 1 malaysia n salam 1 catalyst,
Ermm....cuba tengok entry kat atas tu...layanan istimewa. Korang rasa apa tu ek? Apa layanan istimewa tu?? Sapa yang layan dan sapa pula yang kene layan??Ermm...cuba korang fikir-fikirkan....
Aha..dapat tak sapa? Korang agak-agak sapa??Nak tau jawapannya??Jawapannya kaunselor lah...cuba tengok gambar kat atas tu. Siap mengalu-alukan lagi kedatangan korang kat blik kaunseling. Kan ke istemewa tu. Kalau kita masuk bilik cikgu lain, ada ke dia tulis 'selamat datang ke bilik guru....' ada tak agak-agak??kalau korang tanya aku, aku tak pernah nampak lagi la tulisan alu-aluan tu.
Sebelum tu aku nak tanya korang, ada tak antara korang ni pernah masuk kat bilik kaunseling??tapi bukan masuk saja-saja atau nak amik fail kaunselor tu, tapi masuk bilik tu sebab nak buat kaunseling. Pernah tak korang menjalankan sesi kaunseling dengan kaunselor kat sekolah korang?? kalau yang pernah tu, mesti dia tau maksud layanan istimewa yang aku tulis kat atas tu.
Macam tu la sifat seorang kaunselor. Kaunselor ni sentiasa memberikan layanan yang istimewa kepada kliennya. Bukan klien dalam bisnes tu tapi klien yang berjumpa dengan dia untuk luahkan perasaan, kongsi pengalaman atau ceritakan masalah untuk diselesaikan. Kaunselor ni akan memberikan layanan yang penuh istimewa kat klien dia supaya klien dia merasakan bahawa yang klien ni dihargai dan tahu bahawa masih ada orang lagi bersama dengannya. Layanan istimewa yang aku maksudkan ni ialah berkaitan dengan kemahiran yang perlu ada pada kaunselor tu.
Antara kemahiran yang aku maksudkan ialah kemahiran mendengar. Kaunselor ni bila klien dia cerita masalah dia, kaunselor tersebut akan mendengar dengan sepenuh hati apa yang klien dia beritahu. Kaunselor tersebut tidak akan mencelah dan akan mendengar setelah klien dia habis cerita. Kalau dia nak mencelah pun adalah apabila kaunselor tersebut inginkan penerangan yang lanjut dan kurang memahami apa yang diceritakan. Jika tidak, kaunselor tersebut akan memberi sepenuh tumpuan kepada kliennya. Istimewa tak tu??istimewa kan.Kalau dengan orang lain, ada ke orang yang nak dengar masalah kita?? Kalau ada pun dengar sekejap je la..lepas tu lari.
Selain itu, kaunselor juga akan melayan kliennya dengan baik. Kaunselor tak akan marah dengan kliennya malah kaunselor akan menunjukkan sifat yang empati iaitu faham apa yang klien tu rasa bila klien tersebut luahkan masalah dorang. Kaunselor akan bercakap dengan lembut, tak akan menyalahkan klien tersebut walau apa juga keadaan. Kalau klien tersebut menangis, kaunselor akan cuba menenangkan klien tersebut dan menanti dengan sabar sehingga klien tersebut sudah reda daripada tangisannya.
Seorang kaunselor juga akan menerima kliennya tanpa syarat. Tak kisahla kalau klien tersebut nakal ke miskin ke tak kemas ke, semua tu akan kaunselor terima dengan tangan terbuka tanpa dikenakan syarat pun. Baik tak kaunselor???kan istimewa tu. kaunselor tu akan terima je sapa klien dia. Kaunsler tak akan halau klien kalau klien tu kotor ke miskin ke,,, kalau datang je, mesti akan sambut dengan senyuman. Bukan hipokrit atau dibuat-buat tau..tapi memang jujur atau dalam bahasa Inggerisnya genuine.
Selain tu juga, kalau klien yang datang tu memang nakal la..(kalu budak sekolah la )..kaunselor akan mengatakan bahawa dorang ni masih ada potensi untuk berubah dan jadi lebih baik. Kaunselor tak akan pandang serong kat dorang. Kalau dorang buat salah, kaunselor akan tanya kenapa mereka buat macam tu. Kaunselor tak tuduh melulu sebaliknya akan selidik dulu apa sebenarnya yang berlaku dan apa masalah yang tersembunyi di sebaliknya...agak-agak korang faham tak ayat aku ni?arap-arap faham la ye.
Banyak lagi sebenarnya layanan istimewa yang kaunselor berikan kat kita semua. Cuma kat sini aku kasi sedikit je la...yang lain tu mungkin dalam post yang lain akan aku tulis. Ermm...so apa pandangan korang pada kaunselor bila aku dah tulis macam ni??adakah korang terkejar-kejar nak buat sesi kaunseling???huhu..istimewa tak tu??istimewa kan..kalau orang lain mungkin mereka tak akan dapat melayan sebaik kaunselor melayan orang yang bermasalah. Andai kata orang yang ada masalah tu miskin dan pengotor, korang rasa korang nak dengar tak apa yang dia citer??aku tak yakin yang korang nak dengar..paling tidak pun korang dengar sipi-sipi je lebih-lebih lagi kalau orang tu pengotor. Kalau yang datang tu budak nakal, korang rasa apa pandangan korang kat mereka??mesti ada antara korang yang pandang serong dengan budak nakal tu. Tapi kaunselor tak. Kaunselor akan cuba membantu sedaya upaya apabila klien datang jumpa dengan mereka..dorang juga yakin yang akan ada sinar baru dalam hidup budak-budak yang ada masalah tadi..hebat kan kaunselor..tu la layanan istimewa yang aku maskudkan tadi.
K la..aku rasa setakat ni, ni je la yang aku postkan...yang lain nanti...tunggu yeee......assalamualaikum w.b.t.
sorry sangat kalau ada kata-kata aku yang menyinggung perasaan korang sume...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment