Wednesday, 26 October 2011

PROGRAM SAYANG DISAYANG

Salam ukhwah, salam 1 Malaysia, 1 catalyst..

    Apa khabar semua???arap arap semuanya berada dalam keadaan baik sentiasa. Amin...tidak lupa juga kepada semua kaum India, heppy deepavali.....
    Lama rasanya tak post untuk blog ni..bukan apa minggu-minggu ni memang selalu buzy je sampai kadang-kadang tidak ada masa untuk diri sendiri. Tapi tak kisah la tu sebab sekarang ni aku sudah dapat balik waktu rehat aku yang dulu tak cukup tu. Hehe...macam penat sangat je bunyi ek...hihi
    Untuk entry kali ni, aku nak cerita pasal program motivasi yang aku buat masa 14 dan 15 Oktober  kat Sekolah Menengah Kebangsaan Kuala Kubu Baru aritu. Masa aku banyak digunakan untuk menguruskan program ni la. Tapi sekarang semua dah selesai dan aku nak kongsi sedikit tentang program yang aku buat sepanjang aku di sana.
   Untuk program motivasi tu, kami namakan program kami sebagai Program Sayang Disayang. Program ni untuk student Form 1 dan Form 2. Memang masa bincang dengan guru kaunseling dulu pun, targetnya student Form 1 sampai Form 3. Tapi oleh kerana ada halangan yang tidak dapat dielakkan, maka peserta yang hadir ialah daripada kalangan pelajar Form 1 dan Form 2. Tapi kami bersyukur sangat sebab peserta-peserta yang hadir memberikan sepenuhnya dalam program kami.
     Dalam program ini, kami menggunakan semua modul yang ada. Modul yang kami gunakan ialah modul pengurusan masa, kemahiran belajar, penyelesaian masalah dan modul motivasi. Sepanjang dua hari kami di sana alhamdulillah semua perancangan aktiviti dan LDK yang kami bincangkan dapat dilaksanakan. Mungkin ia tidaklah sehebat kawan-kawan buat tetapi bagi kami, kami sudah membuat sedaya dan semampu kami.
Ni gambar-gambar aktiviti yang kami laksanakan di program tersebut.

Ketua fasi Abang Din sedanga melaksanakan modul



Peserta sibuk menyiapkan tugasan yang diberi


Perbincangan yang dibuat antara ahli kumpulan







Lukis dik jangan tak lukis....hehe

Antara peserta yang hadir

Masing-masing menunjukkan kreativiti semasa melukis











Wah...sedapnya...




    
Pandai adik-adik kita menghias


Jemput makan kak...mungkin tu yang adik tu cakap kat kak fasi

Ni antara aktiviti yang kami lakukan masa program tu..lagu tema yang masa program tu ialah Realiti Insan....jom dengar.....


Ok tak lagu tu??best kan...kat bawah ni pulak gambar adik-adik dalam kumpulan aku...







K la..aku rasa sampai kat sini je entry aku untuk waktu ni..nanti aku akan buat entry baru pulak...see u soon...daan....assalamualaikum w.b.t



 Sorry kalau ada kesilapan yang aku lakukan semasa menulis entry ni..peace no war.....

No comments:

Post a Comment