Panduan Melaksanakan Program Motivasi
Diharapkan anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera sahaja hendaknya..amin. Sudah terang lagi bersuluh, untuk post kali ni, aku nak bagi tips-tips untuk bakal kaunselor atau sesiapa sahaja yang berkeinginan untuk menjalankan kem motivasi sama ada di sekolah, IPTA/S, atau di mana-mana sahaja yang anda mahu.
Sebelum pergi lebih jauh lagi, eloklah aku terangkan apa itu motivasi. Kita selalu sebut motivasi, motivasi, motivasi. Tapi kita tahu tak apa itu sebenarnya motivasi???ha...aku terangkan..
'Motivasi adalah usaha yang bersungguh-sungguh dengan hasrat yang mendalam bagi mencapai matlamat yang dirancang berdasarkan pada bibit-bibit kejayaan yang bakal ditemui. Ia juga bermaksud kaedah atau latihan praktikal fizikal dan emosi yang digunakan bagi merangsang diri mendapatkan kejayaan dan semangat baru dalam menghadapi apa juga cabaran kehidupan.
Langkah-langkah awal dalam merealisasikan program ..
1. Mesti ada pengisian program
Pengisian program ni termasuklah tentatif, aktiviti yang hendak dibuat sama ada ceramah, LDK, kuliah, bengkel, sukan, demonstrasi, dan lain-lain lagi. Semua ni memang penting untuk kerangka program anda sebagai kaunselor yang akan dilaksanakan.
2. Pemilihan kawasan kem
Ha...ni lagi satu yang penting. Kalau tidak ada tempat kem, macam mana sesuatu program tu hendak dibuat? Jadi pemilihan tempat yang sesuai juga memberi impak kepada program yang akan dijalankan.
3. Keperluan fasiliti
Keperluan fasiliti ni banyak kerana dengan keperluan inilah anda dapat melihat kelancaran sesuatu program.
Contoh keperluan yang dimaksudkan ialah :
- Bilik urusetia
- Dewan atau ruang makan
- Asrama
- Surau
- Dewan kuliah
- Peralatan teknikal
- Bilik air dan bilik mandi
- Kawasan lapang
4. Peralatan dan keperluan
Contoh-contohnya ialah :
- Peralatan memasak (jika memasak sendiri)
- Peralatan perkhemahan (jika memilih perkhemahan)
- Peralatan audio visual
- Peralatan latihan
- Peralatan peribadi
- Ubatan
- Alat perhubungan
- Insurans
5. Peruntukan perbelanjaan
Di sini peruntukan perbelanjaan amat penting kerana ia juga menjadi nadi dalam buat sesuatu program. Anda yang hendak membuat program hendaklah pandai menguruskan perancangan kewangan supaya perbelanjaan mencukupi melebihi keperluan. Hal ini kerana semakin besar perbelanjaan, semakin hebat kem motivasi yang dapat dibuat. Selain itu, peserta juga akan merasa selesa apabila bersama-sama di dalam kem tersebut. Walaubagaimanapun, tidak bermakna jika perbelanjaan kecil kem motivasi tidak dapat dibuat dengan hebat. Apa yang penting ialah pengendali hendaklah membuat program motivasi yang sesuai dengan perbelanjaan yang diperolehi.
6. Sumber kewangan
Hal ini berkait rapat dengan peruntukan perbelanjaan tadi. Sebelum program dimulakan, bajet yang hendak digunakan hendaklah dirancang terlebih dahulu. Jika pengendali hendak membuat program dengan bajat yang besar, sumber untuk memperolehi dana dan kewangan hendaklah dicari. Hal ini adalah untuk mengelakkan pengeluaran wang yang banyak daripada pihak penganjur sendiri. antara contoh sumber kewangan yang boleh dicari ialah daripada NGO, PIBG, syarikat-syarikat swasta dan daripada pelbagai sumber lagi.
7. Pengangkutan
Pilihan lokasi adalah sangat penting dalam peningkatan kos pengangkutan. Selalunya kawasan yang dipilih adalah di luar dan jaraknya yang jauh. Pemilihan lokasi yang sebegini adalah atas alasan untuk menarik minat peserta dan memberi pengalaman baru kepada peserta. Selalunya kos pengankutan akan bertambah apabila jumlah peserta itu besar kerana jumlah kenderaan seperti bas bertambah.
8. Menu
Menu adalah elemen terpenting dalam kem dan perkehmahan. Penyediaan makanan perlu mengikut prosedur kesihatan yang ketat. Tidak kira sama ada menyediakan sendiri ataupun mengupah katering yang disediakan, soal kebersihan perlu diambil kira. Makanan yang seimbang perlu disediakan mengikut diet yang sesuai. Biasanya peserta berselera mekan selepas menjalankan beberapa aktiviti. Namun begitu, sindrom selera tertuutp berlaku dalam kalangan peserta. Makanan mengikut waktu yang ditetapkan, iaitu sebanyak enam kali sehari memberi keselesaan kepada peserta. Penyediaan makanan yang pelbagai mempunyai banyak kebaikan kerana dapat memberi pengalaman baru kepada peserta.
9. Publisiti
Pihak penganjur hendaklah menguar-uarkan tentang program yang dijalankan kepada umum. Pemakluman dalam bentuk tulisan kain rentang, posterdan sebagainya hendaklah diberitahu dan diberi kepada warga sekolah atau sasaran yang hendak diambil. Oleh itu, orang ramai tidak akan tertanya-tanya tentang program yang akan dijalankan di situ. Selain itu, media massa juga memainkan peranan yang penting di dalam membuat hebahan tentang program yang akan dijalankan. Penyebaran melalui bochure adalah lebih berkesan.
10. Cenderamata dan penghargaan
Penganjur hendaklah menyediakan cenderamata kepada pihak yang terlibat sebagai tanda ucapan terima kasih kepada pihak-pihak yang telibat dalam menjayakan program yang dilaksanakan. Sedikit sumbangan dalam bentuk kewangan selalunya diberi kepada penceramah yang berceramah semasa program. Sumbangan itu tadi juga boleh diiring dengan sedikit buah tangan yang dihias cantik.
11. Pensijilan dan hadiah
Pihak penganjur melalui urusetia perlu menyediakan sijil kepada peserta. Pilih format yang sesuai untuk membuat sijil penyertaan. Sijil disediakan semasa program sedang berlangsung. Penyertaan mereka dalam aktiviti luar menjadi lebih kukuh apabila diberikan sijil penyertaan.
12. Pemilihan peserta
Pemilihan peserta tertakluk kepada isu yang timbul. Contohnya, isu ponteng, buli dan budaya samseng boleh dibuat sebagai peserta kem.
13. Program dan aktiviti
Pihak oengajur perlu menyediakan hala tuju kem masing-masing. Program yang dirancang adalah seperti ceramah, pembentangan kertas kerja, seminar, dialog, tazkirah, kuliah, perbincangan dan sebagainya. Bagi aktiviti luar pula adalah serperti kembara, riadah, kawad, lawatan dan sebagainya bagi memantapkan program itu lagi.
14. Jurulatih dan pemudah cara
Pemilihan jrurlatih dan pemudah cara perlu dibuat dengan teliti dengan mengikut hala tuju program yang telah ditetapkan. Selalunya penganjur akan memilih pencaramah yang terkenal dan mampu memberikan yang terbaik kepada peserta program.Pilihan penceramah bergantung kepada pembabitan di kawasan berkenaan atau sebaliknya.
Diharap perkongsian yang sedikit ini dapat memberikan manfaat dan faedah kepada para pembaca semua. dalam membuat kem motivasi perkara yang penting ialah semangat dan kesungguhan kita dalam membuat sesuatu program itu. Jika kita bersungguh-sunggguh, apa sahaja masalah, kesukaran yang kita hadapi semasa program dapat kita hadapi dengan baik dan berkesan. Wasalam....
Selalu kalau program motivasi, lagu yang selalu dimainkan ialah....
Sorry kalau perokongsian ini ada kekurangnnya. Sama-samalah kita memperbaiki segala kekurang yang ada....peace no war...sekian..

No comments:
Post a Comment